Apr 13, 2016

Contoh Design Kad Kahwin Raikan Cinta Nabilla & Haziq

Maaf ya semua dah 3 hari juga Cik Kiz tak update contoh design terbaru tuk kak kahwin. Cik Kiz busy sikit nak kejar masa tuk siapakan order kad kahwin yang lain dengan yasin custome made sekali. Yela sekarang kan dah masuk bulan april memang ramai yang berpusu pusu nak wat tempahan terutamanya kat doorgift yasin custom made tu.

Ok berbalik pada contoh kad kahwin la ya. kalau tak melalut la Cik Kiz cakap benda lain lak.
Kali ni kad kahwin ni ditempah oleh pasangan pengantin Nabilla dan Haziq yang bakal melangsungkan perkahwinannya pada hari Ahad 31 July 2016.

Contoh Design Kad Kahwin Raikan Cinta Nabilla & Haziq


Konsep dan Design


Haaaa... lagi sekali konsep hitam dan putih menjadi pilihan pasangan pengantin ni. Memang orang orang bandar sukakan idea kombinasi warna macam ni eh? :-)

So Cik Kiz pun buat la dua contoh design untuk muka depan kad kahwin tu.. yang design 1 kat bawah ni Cik Kiz guna konsep bunga bunga sikit. Yang ni bunga tulip tau. Tapi tak ada warna warni ya. Semua warna bunga ni warna putih. manakala warna background dia lak warna hitam.


Yang kat bawah ni design kedua lak Cik Kiz wat untuk muka depan kad kahwin tu. So still ada corak bunga cuma Cik Kiz just hightlight kan line kat bunga tu je dengan warna hitam/kelabu. Background nya Cik Kiz pilih untuk kekalkan warna putih.

Manakala untuk warna font "Majlis perkahwinan", Nama pengantin, dan tarikh majlis perkahwinan pula ditetapkan dengan warna hitam.



Lakaran Peta


Lagi satu tugas yang mencabar telah diberikan kepada Cik Kiz :-)

Maklum lah kalau duk kat kawasan bandar memang macam kat bawah ni la petanya. Jarak antara landmark dengan rumah memang jauh. So dengan hati yang tenang Cik kiz tarik nafas dan mulakan cubaan untuk resize balik peta ni untuk diletak dalam muka dalam kad kahwin tu nanti.


1st step yang Cik kiz buat sebelum letakkan peta ni adalah lengkapkan dulu details yang penting masuk kat muka dalam kad kahwin. U all boleh tengok kat gambar tu. ni dah siap masuk suma details macam alamat, nama pengantin dan juga atur cara majlis.

Pastu Cik Kiz cuba cari ruang yang sebesar mungkin kat sebelah kanan tu.

Taraaaaa.. Alhamdulillah muat pun peta nya bila dimasukkan. Cuma maaflah nama landmark tu suma Cik kiz terpaksa kecikkan sikit supaya nampak kemas dan tersusun. Tapi u all masih boleh baca je kan nama landmark nya?


Design Yang Menjadi Pilihan Pengantin.


Hehehe.. design 1 la for sure menjadi pilihan Nabilla & Haziq. Sebab lau guna warna hitam sebagai warna background memang smart. Nampak kad kahwin ni ekslusif dan penuh dengan warna.


So lau ada bakal pengantin yang kat bandar dan pada masa sama peta nak pergi rumah u all tu besar macam contoh design kad kahwin raikan cinta Nabilla & Haziq ni, jangan malu segan untuk contact Cik kiz ya ( Klik Sini )

Yang nak kahwin bulan November ngan Disembar pun dah boleh start usha usha design yang ada kat Kiz Wedding.. ok??!!! :-)



No comments: